Monday, August 23, 2010

Reunion!!

Sabtu lepas merupakan hari paling best dalam hidup aku untuk tahun 2010 setakat ini. Sebabnya...? Sebabnya aku dapat berkumpul balik dan berbuka puasa dengan semua bff aku!! sangat2 fun dan kitorang bergosip bagai nak rak...

Asalnya macam2 yang kitorang plan sebelum ni tapi tak pernah jadi sebab masing-masing dah terikat dengan komitmen kerja...termasuk aku (walaupun...tett!). So, dalam bulan puasa yang mulia ni kawan-kawan aku yang sangat baik hati telah membuat perancangan untuk berbuka bersama-sama. Alhamdulillah kali ni menjadi dan kami bertujuh (yg ke-8 MIA) dapat berkumpul bersama-sama lagi..macam dolu-dolu...hehe..

Makanan kat Restoren Orkid Seksyen 9 tu pun boleh tahan la sedap-sedap belaka. Aku makan sampai macam nak pecah perut. Bila nak keluar tu rasa macam nak merangkak je sebab tak larat dah nak jalan..hehe..

Lepas settle kat Orkid, kami pecah naik 2 kereta. Aku, Ina and Fiza satu kereta. Fariza, Faeza, Krun and Hani satu kereta. Kitorang pegi lepak kat dataran Shah Alam (dekat dgn MBSA). Photoshoot session and sambung lagi gosip...hahaha!!

Dari isu semasa melangkau ke isu politik dan berakhir dengan isu mengenai kami-kami sendiri. Dalam tempoh 8 bulan kami tak dapat berkumpul ni, macam-macam cerita, macam-macam kisah yang kami lalui dan inilah waktunya kami share sama2.

Lama betul rupanya aku ngan kengkawan rapat aku ni tak ketemu dan duduk bergebang bersama-sama. Rinduuuu...

Jam 10.30 malam, ina ngan faeza balik sebab ahad masing2 ada kerja. Ada suprise rupanya time dorang nak balik tu...apa?? rahsia..hahaha!! sampai masa insya-Allah semua orang akan tau..

Lepas je budak2 berdua tu balik, aku dgn yg lain2 pegi makan iaskrim kat McD. Mula-mula nak pegi yg kat seksyen 3 tu. Alih-alih ramai sangat orang terus tukar arah pegi patah balik kat seksyen 9 punya McD. Makan aiskrim bagai nak rak...tapi sebenarnya xde la sangat pun..hehe..kali ni wan pucat tersayang pun join skali..hehe..tersayang tu untuk seseorang la...

aku pun tak ingat pukul berapa kitorang gerak dari situ. Balik ke baiduri la sebab fariza dah nak balik Meru. Sebelum sampai rumah, kitorang yakni aku, Krun, Fiza and Hani pegi singgah kat Hakim beli makanan untuk bersahur.

Aiseh, aku ada kerja. Sambung ke part II.

Friday, August 13, 2010

Puasa

Giler lama aku tak menulis..hehe..yang ye nye aku tak reti sangat nak berblog2 nih..aku bantai tulis je..nak upload gambar pun tak berapa nak tahu sangat..susah la..pastu nak slalu update memang tak dapat la..aku banyak je benda yang boleh ditulis tapi tak tau la..

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Hehehe..dah lama rasanya aku tak update apa-apa kat blog nih..aku bukan pe,aku memang tak reti sangat berblog-blog nih..first entry ni aku just nak cite yg aku skrg tgh wat intership kat media prima,spesifiknya primeworks studios di entertainment department tv3/tv9. 15 disember aku menjadi 'org tv' dan aku dipinjamkan ke department hiburan ntv7.

Macam-macam benda yang aku dah belajar.Walaupun aku cuma tengok dan bantu sikit-sikit aje tapi at least aku dah tau sedikit sebanyak pasal penerbitan sesebuah rancangan. Ramai orang-orang popular yg aku jumpa. Paling aku tak sangka, baru 2 minggu aku lapor diri, aku dah dapat peluang berjumpa dengan Dato' Siti Nurhaliza dan M.Nasir. Tapi sifu tu jumpa sekadar bersalam jela sebab dia dah nak balik dari studio rehearsal untuk konsert Bagaikan Sakti kat Esplanade, Singapura. Aku sempat jugak la bersembang sket and ambik gambar dengan dia.

Lupe lak, aku ikut kru Hip TV sbb Dato' Ct tercalon dalam kategori artis contoh..hehe..(paling best,anak tiri die mmg hensem!!!!) Thanks to Abg Min, Dennis and Nazrul sbb bagi peluang kat aku untuk ikut..syg korg...Muahh!!
Nantikan entry aku yang akan datang.. (^_^)v

Sunday, July 19, 2009

Under Water World

hahaha!! macam bodoh je bunyi title aku tu..bukan pe, aku baru balik dari rumah mama hani kat Pandan Indah. Aku tak pernah jejak tempat tu sebelum ni. Maklum ar..typical kg gurl..hahaha!! Tapi serius ar, memang aku xfamiliar sangat tempat2 kat KL nih..not bad la. Aku ni dah la memang kuat makan, suka makan dan hobi aku makan..hahaha!! mama Hani yg bernama auntie yuhaizan tu masak macam-macam..sedap sey!! hahaha!! Aku pegi ngan krun,ina n ofcoz la hani kan..keje kitorang asyik mandi kolam je..macam2 aksi pelik yg kitorg buat..hehe..aku tak reti berenang..so,macam2 gaya la aku buat..yg paling selalu aku buat gaya dugong mati kena tembak dalam kolam tu..hahahaha!! aku pegi dari petang jumaat and petang ahad ni tadi baru aku balik..sebelum balik tadi, auntie masak nasi tomato and kitorang pun makan beramai-ramai bersama-sama dengan adik beradik auntie Yuhaizan iaitu mak ngah and mak lang..name dorg aku memang tak tau..













tu je ar yg leh aku upload..nanti2 aku upload lagi la..aku pun baru je blaja wat blog nih..hehehe..

Maa'ssalamah wa ilalliqa'!

Tuesday, July 14, 2009

Terima kasih kawan-kawanku











gambar-gambar tu sekitar majlis sambutan birthday aku yg ke-22..alhamdulillah,semua kawan-kawan aku ade..aku bersyukur dapat kawan macam diorang..sebelum masuk uitm,aku tak pernah tau macam mana rasanya bila birthday diraikan..alhamdulillah Allah Maha Adil dan Maha Penyayang..dia hantar aku kawan-kawan yang sangat-sangat baik dan memahami..terima kasih yang tak terhingga pada kamu semua sahabat-sahabatku!!

Hanya Tuhan Yang Tahu

Kdg2 ade perkara yg susah nak buat org faham..kdg2 apa yg terzahir nampak lebih teruk dari apa yg tersirat sebenarnya..

Sunday, February 22, 2009

SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Aku sobona'eh tak tau kenapa aku nak buat blog ni..saje suka2 kot..saje2 nak rase camner la agaknya jadi blogger nih..sebelum2 ni aku just suka follow blog orang lain..maklum la..aku suka sgt2 cari lagu..sonang..tak payah perabih duit beli album..download jer senang..time kasih la pada blogger2 yg rajin menguploadkan lagu dalam blog2 dorg..
rasanya macam banyak lagi benda2 yang aku nak tulis..tapi aku ada banyak jugak assignment yang perlu disiapkan..aku otai ma..keje2 last minute ni dah jadi asam garam dalam hidup aku..hehe..MAA'SSALAMAH WA ILALLIQA'